INFO RAWATAN
Kami menyediakan perkhidmatan rawatan fisioterapi untuk pelbagai masalah dan juga kondisi.
KAMI BERUSAHA MEMENUHI KEPERLUAN ANDA
Kami merawat pelbagai jenis masalah dan juga kondisi. Ianya juga merangkumi dari pelbagai peringkat umur dan rawatan kami bukan sahaja dijalankan di pusat rawatan, malah kami juga turut menyediakan perkhidmatan ke rumah anda.
MUSKULOSKELETAL
Muskuloskeletal merupakan masalah yang melibatkan otot, tulang dan juga sendi. Antaranya termasuklah sakit belakang, slip disk, sakit bahu, sakit leher, sakit lutut dan lain-lain.
NEUROLOGI
Masalah neurologi adalah masalah yang melibatkan kerosakan pada bahagian otak dan juga saraf. Antaranya adalah Strok, TBI, Parkinson, Bell’s palsy, Multiple Scelerosis dan lain-lain.
KECEDERAAN SUKAN
Kecederaan sukan kebiasaannnya berlaku ketika seseorang sedang bermain, melakukan senaman dan bersukan. Antaranya adalah kecederaan ligamen, tendon, otot dan lain-lain.
KANAK-KANAK (PEDIATRIK)
Pediatrik bermaksud kanak-kanak. Masalah yang sering dialami oleh pediatrik ialah Cerebral palsy, Torticollis, Lewat perkembangan (GDD) dan lain-lain.
WARGA EMAS (GERIATRIK)
Fisioterapi untuk geriatrik merupakan rawatan yang diberi kepada golongan yang berumur 60 tahun dan ke atas.
RAWATAN FISIOTERAPI KE RUMAH
Kami turut menyediakan perkhidmatan fisioterapi terus ke rumah anda.
TESTIMONI PESAKIT KAMI
Tekan butang untuk tonton video testimoni.
WAKTU OPERASI
SETIAP HARI
Sabtu – Khamis: 9.00 am – 6.00 pm
SESI MALAM
Isnin – Rabu: 8.00 pm – 10.00 pm
Jumaat: TUTUP