WHATSAPP KAMI

CEREBRAL PASY: PUNCA, SIMPTOM DAN RAWATAN

Cerebral Palsy (CP) adalah keadaan di mana berlakunya gangguan terhadap kemampuan dalam mengawal pergerakan dan koordinasi tubuh badan. Gangguan ini berlaku disebabkan oleh adanya kerosakan atau perkembangan yang abnormal pada otak dan ianya boleh berlaku sama ada semasa bayi masih dalam kandungan, sewaktu lahir atau selepas kelahiran.

CP merupakan sejenis penyakit neurologi yang tidak bersifat progresif iaitu semakin memburuk.
Sebanyak 1 hingga 2 bilangan daripada 1,000 bayi mengalami CP, dan 10 kali lebih tinggi berlaku pada bayi pramatang. CP juga kerap terjadi pada bayi yang tidak cukup berat badan semasa lahir.

Kanak-kanak yang menghidapi CP akan mempunyai kesukaran dalam mengawal postur, pergerakan & keseimbangan tubuh badan disebabkan oleh terdapatnya gangguan terhadap kebolehan dalam mengawal pergerakan otot. Mereka juga mempunyai peluang yang terhad untuk bermain, meneroka persekitaran dan aktif secara fizikal akibat daripada masalah tersebut.

PUNCA CEREBRAL PALSY

CP kebiasaannya berlaku disebabkan oleh kecederaan otak yang terjadi sewaktu:

  • bayi yang masih dalam kandungan.
  • sewaktu proses bersalin
  • ketika bayi baru lahir
  • anak berumur kurang dari 5 tahun.

Namun kebanyakan kes CP yang berlaku masih belum diketahui puncanya.

10-15% kes CP terjadi akibat daripada kecederaan yang berlaku semasa proses melahirkan dan disebabkan oleh kekurangan aliran darah ke otak sebelum, semasa dan setelah bayi lahir.

Bayi pramatang berisiko tinggi untuk mengalami CP, kerana saluran darah ke otak yang belum cukup berkembang dengan sempurna dan mudah untuk mengalami perdarahan. Hal ini akan menyebabkan aliran oksigen ke otak tidak mencukupi dan bukan dalam jumlah yang memadai.

Kecederaan otak pula boleh berlaku disebabkan oleh:

  • Kadar bilirubin yang tinggi di dalam darah (sering berlaku pada bayi yang baru lahir), ini menyebabkan kernikterus dan kerosakan otak
  • Penyakit serius yang dialami oleh bayi semasa berumur dalam lingkungan satu tahun (contohnya ensefalitis, meningitis, sepsis, trauma dan dehidrasi yang teruk)

SIMPTOM CEREBRAL PALSY

Gejala CP kebiasaannya berlaku sebelum bayi berumur 2 tahun dan pada kes yang teruk, CP boleh dikesan pada seawal umur 3 bulan.

Gejala dan simptom yang dialami adalah berbeza-beza.

CP dibahagi menjadi 4 jenis:

  1. Jenis Spastik (65% dari semua kes CP), otot-otot menjadi tegang dan lemah. Penglibatan yang biasa terjadi boleh di bahagikan kepada :-
    • Quadriplegia (kedua tangan dan kedua kaki)
    • Diplegia (kedua kaki)
    • Hemiplegia (tangan dan kaki pada sebelah badan)
  2. Jenis Diskinetik (Koreoatetoid, 10% dari semua kes CP), otot tangan, kaki dan badan secara spontan bergerak perlahan, menggeliat dan tidak terkawal; tetapi kebiasaannya juga akan ada pergerakan yang kasar dan mengejang. Gangguan emosi juga menyebabkan keadaan semakin teruk, dan pergerakan yang tidak terkawal atau spontan akan hilang semasa kanak-kanak tidur.
  3. Jenis Ataksik (5%dari semua kes CP), terdiri dari pergerakan yang seolah-olah menggigil, langkah yang tidak betul dengan jaraj yang jauh antara kedua belah kaki, gangguan keseimbangan yang menyebabkan pergerakan kaki dan tangan tidak lancar.
  4. Jenis Campuran (20% dari semua kes CP), merupakan gabungan dari 2 jenis di atas, yang kerap terjadi adalah gabungan antara spastik dan diskinetik.

Antara gangguan lain yang sering berlaku terhadap kanak-kanak yang menghidapi CP adalah:

  • Masalah kognitif
  • Sawan/epilepsi (terutamanya pada jenis spastik)
  • Gangguan menghisap atau makan
  • Pernafasan yang tidak teratur
  • Masalah pertuturan
  • Gangguan penglihatan
  • Gangguan pendengaran

RAWATAN CEREBRAL PALSY

CP merupakan kelainan yang berlaku seumur hidup dan tidak dapat disembuhkan. Tetapi pemulihan dapat dilakukan agar anak boleh berdikari sejauh yang mungkin.

Rawatan yang dilakukan bergantung kepada gejala CP yang terdapat pada seorang pesakit dan boleh melibatkan:

  • Jurupulih anggota braces (penyangga)
  • Kaca mata
  • Alat bantu dengar
  • Pendidikan khas dan sekolah khusus
  • Ubat anti-kejang (untuk mengurangkan tremor dan kekakuan)
  • Jurupulih cara kerja pembedahan ortopedik
  • Jurupulih bahasa untuk masalah pertuturan serta pemakanan.

Jika tidak terdapat gangguan fizikal dan masalah kognitif yang serius, kebanyakan kanak-kanak CP boleh membesar secara normal dan ke sekolah seperti kanak-kanak biasa.

Anak-anak lain memerlukan terapi fizikal yang berterusan, pendidikan khas dan selalu memerlukan bantuan dalam menjalani aktiviti harian.

Pembedahan diperlukan bagi kes yang mengalami kontraktur sendi yang semakin teruk akibat kdaripada kekejangan otot.

Pembedahan juga perlu dilakukan untuk memasang selang makanan dan untuk mengendalikan refluks gastroesofageal.

  • Kesan di masa hadapan:

Kebiasaanya bergantung kepada jenis dan tahap kondisi CP.

Jika kanak-kanak mempunyai keupayaan kawalan tengkuk sebelum 9 bulan, pusing depan ke belakang sebelum 18 bulan, duduk sebelum 24 bulan dan merangkak sebelum 30 bulan, kanak-kanak ini kemungkinan mempunyai peluang yang tinggi untuk berjalan tanpa bantuan

RAWATAN FISIOTERAPI

Dari segi fisioterapi, setiap rawatan akan dimulakan dengan pemeriksaan rapi bagi mengenal pasti punca masalah yang berlaku. Untuk kes seperti ini, rawatan yang dilakukan adalah berfokus mencapai tahap keupayaan yang optimum yang mampu dilakukan oleh kanak kanak tersebut. Antara rawatan yang akan dijalankan di IFIX Physiotherapy adalah seperti berikut:

  1. Pemeriksaan rapi oleh anggota terapi
  2. Play Therapy
  3. Rawatan Manual
  4. Gait Training
  5. PNF
  6. Senaman regangan
  7. Senaman menguatkan otot
  8. Pembetulan postur

KELEBIHAN KAMI

MERAWAT MENGIKUT JANTINA

RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA

KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH

PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK

KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA

WAKTU OPERASI

Sabtu – Khamis 9:00 – 18:00
Isnin – Rabu 18:00 – 20:00
Jumaat TUTUP

014-910 1310 (NILAI)
014-977 7235 (JOHOR BAHRU)

LOKASI KAMI

CAWANGAN NILAI:

No. 3G, Jln Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

CAWANGAN JOHOR BAHRU:

No. 26, Jln Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.

TESTIMONI PESAKIT KAMI

“Selepas rawatan, cramp jarang dialami dan kaki tidak rasa ketat lagi.”

Encik S, Strok

“Rasa tegang pada pinggang dan kebas pada kaki juga sudah tidak terasa.”

Puan S, Slip Disk

“Sebelum ini saya jalan slow sebab sakit di pinggang, sekarang dah dapat jalan macam biasa.”

Puan A, Scoliosis

“Sakit belakang hingga kebas ke kaki sudah pulih sepenuhnya.”

Encik A, Spondylosis

“Sakit di bahagian bahu hingga ke jari kini tidak terasa lagi.”

Encik H, Sakit Tangan
“Perubahan memang banyak. Sakit yang menyengat dan juga kebas sudah tidak terasa.”
Puan N, Sakit Leher
Rasa sakit sudah tidak terasa, dan boleh main golf serta workout semula seperti biasa.”
Encik N, Sakit Bahu
“Saya sudah boleh tunduk dan rukuk seperti biasa tanpa rasa sakit.”
Puan F, Sakit Belakang
“Sakit pinggang hingga ke betis sewaktu berjalan dan berdiri lama semakin banyak berkurang.”
Encik Y, Slip Disk

Tekan butang untuk tonton video testimoni.

0+
JUMLAH PESAKIT
0+
JUMLAH SESI
0%
“FOLLOW UP”
0%
BERPUAS HATI

PROMOSI ISTIMEWA

Sertai saluran telegram kami untuk mendapatkan promosi-promosi yang istimewa.

SERTAI SALURAN TELEGRAM

TEMPAH TEMUJANJI ANDA

Jom tempah temujanji rawatan fisioterapi anda sekarang.

TEMPAH TEMUJANJI