WHATSAPP KAMI

STROK/ ANGIN AHMAR: PUNCA, SIMPTOM DAN RAWATAN FISIOTERAPI

Strok atau angin ahmar merupakan penyebab ketiga berlakunya kematian di negara Malaysia. Khususnya bagi golongan warga emas atau mereka yang sudah lanjut usia. Mereka yang menghidapi strok akan mengalami lemah atau lumpuh sebahagian badan. Pengetahuan mengenai simptom dan tanda awal strok harus dititikberatkan bagi mengelakkan penyakit strok semakin bertambah teruk.

Tahukah anda 6 bulan pertama selepas serangan strok / angin ahmar adalah waktu EMAS untuk proses pemulihan sempurna.

Apa itu strok / angin ahmar?

Strok atau angin ahmar adalah suatu kondisi di mana berlakunya penyempitan salur darah atau salur darah pecah pada bahagian otak. Keadaan ini akan menyebabkan bekalan oksigen ke bahagian otak berkurangan dan mengakibatkan sebahagian dari tisu otak akan rosak. Hal ini sekaligus boleh menyebabkan kematian fungsi pada bahagian otak yang terkesan.

Apakah jenis-jenis strok / angin ahmar?

Terdapat 2 jenis utama strok / angin ahmar:

1. Ischemic stroke: Ia berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak menjadi sempit atau tersumbat. Keadaan ini kebiasaannya terjadi apabila terdapat darah beku yang menghalang pengaliran darah yang membawa oksigen ke bahagian otak. Lazimnya, sebanyak 87% kes strok yang terjadi adalah jenis ischemic stroke.

Lazimnya, sebanyak 87% kes strok yang terjadi adalah jenis ischemic stroke.

Centers for Disease Control and Prevention (CDC)

2. Hemorrhagic stroke: Ia berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak pecah. Keadaan ini akan meningkatkan tekanan pada bahagian otak dan mengakibatkan sebahagian dari tisu otak akan rosak.

TANDA/SIMPTOM STROK

  • Rasa lemah, kebas atau lumpuh separuh badan sama ada tangan atau kaki
  • Sebahagian sebelah muka jatuh atau terasa lemah secara tiba-tiba
  • Sukar untuk bertutur secara tiba-tiba
  • Rasa celaru dan keliru
  • Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
  • Penglihatan secara tiba-tiba menjadi kabur sama ada pada sebalah mata atau kedua-dua mata
  • Hilang imbangan badan atau koordinasi secara tiba-tiba
  • Sukar untuk berjalan
  • Mempunyai masalah untuk menelan minuman atau makanan

AMARAN DAN TANDA AWAL STROK / ANGIN AHMAR YANG HARUS DIAMBIL PERHATIAN

FAKTOR RISIKO YANG MENYUMBANG KEPADA STROK

Faktor risiko yang tidak boleh diubahsuai:

1. Umur – Semakin meningkat umur, semakin tinggi risiko untuk menghidap penyakit strok. Terutamanya apabila mencecah umur 65 tahun ke atas.

2. Jantina – Kes strok atau angin ahmar lebih banyak terjadi dalam golongan wanita berbanding lelaki.

3. Sejarah keluarga – Risiko strok akan semakin meningkat disebabkan isu kesihatan genetik, seperti tekanan darah tinggi.

Faktor risiko yang boleh diubahsuai:

  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kencing manis
  • Paras kolesterol tinggi
  • Merokok
  • Berat badan yang berlebihan
  • Cara hidup tidak aktif (sedentari)
  • Tekanan/stress
  • Pemakanan – kurang serat dan tinggi lemak
  • Minuman keras – minum minuman keras yang berlebihan

RAWATAN FISIOTERAPI

1. Latihan pemulihan pergerakan (‘Bobath training’)

Fisioterapi akan menjalankan latihan kepada pesakit strok merangkumi pergerakan dalam aktiviti harian. Antaranya, pergerakan seperti duduk, berdiri, berjalan dan lain-lain.

2. Senaman untuk menguatkan otot

Fisioterapi akan memberikan senaman yang bersesuaian untuk pesakit strok bagi membantu mengembalikan kekuatan otot untuk menjalankan aktivit harian.

3. Neuromuscular electrical stimulation (NMES)

Neuromuscular electrical stimulation (NMES) bagi membantu melatih, mengajar semula otot bagi melakukan pergerakan asal melalui stimulasi elektrik.

4. Joint approximation

Joint approximation merupakan teknik rawatan di mana membantu mendapatkan semula deria rasa pada bahagian sendi (joint sense).

5. Latihan keseimbangan dan Gait Training

Latihan ini bagi membantu pesakit untuk berjalan semula dan meningkatkan keseimbangan sewaktu berjalan.

Segera rujuk doktor atau pakar

Segera berjumpa dengan pakar dan dapatkan rawatan jika anda atau ada kenalan anda yang mengalami tanda dan gejala seperti yang disebutkan.

KELEBIHAN KAMI

MERAWAT MENGIKUT JANTINA

RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA

KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH

PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK

KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA

WAKTU OPERASI

Sabtu – Khamis 9:00 – 18:00
Isnin – Rabu 18:00 – 20:00
Jumaat TUTUP

014-910 1310 (NILAI)
014-977 7235 (JOHOR BAHRU)

LOKASI KAMI

CAWANGAN NILAI:

No. 3G, Jln Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

CAWANGAN JOHOR BAHRU:

No. 26, Jln Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.

TESTIMONI PESAKIT KAMI

“Sebelum ini saya jalan slow sebab sakit di pinggang, sekarang dah dapat jalan macam biasa.”

Puan A, Scoliosis

“Rasa tegang pada pinggang dan kebas pada kaki juga sudah tidak terasa.”

Puan S, Slip Disk

“Selepas rawatan, cramp jarang dialami dan kaki tidak rasa ketat lagi.”

Encik S, Strok

“Sakit belakang hingga kebas ke kaki sudah pulih sepenuhnya.”

Encik A, Spondylosis

“Sakit di bahagian bahu hingga ke jari kini tidak terasa lagi.”

Encik H, Sakit Tangan
“Perubahan memang banyak. Sakit yang menyengat dan juga kebas sudah tidak terasa.”
Puan N, Sakit Leher
Rasa sakit sudah tidak terasa, dan boleh main golf serta workout semula seperti biasa.”
Encik N, Sakit Bahu
“Saya sudah boleh tunduk dan rukuk seperti biasa tanpa rasa sakit.”
Puan F, Sakit Belakang
“Sakit pinggang hingga ke betis sewaktu berjalan dan berdiri lama semakin banyak berkurang.”
Encik Y, Slip Disk

Tekan butang untuk tonton video testimoni.

0+
JUMLAH PESAKIT
0+
JUMLAH SESI
0%
“FOLLOW UP”
0%
BERPUAS HATI

PROMOSI ISTIMEWA

Sertai saluran telegram kami untuk mendapatkan promosi-promosi yang istimewa.

SERTAI SALURAN TELEGRAM

TEMPAH TEMUJANJI ANDA

Jom tempah temujanji rawatan fisioterapi anda sekarang.

TEMPAH TEMUJANJI