WHATSAPP KAMI

Carpal Tunnel Syndrome (CTS)

Rasa kebas ditangan dan berdenyut-denyut dari jari ke pergelangan tangan? Kerap rasa kekejangan pada pergelangan tangan? Bila pegang barang atau menggunakan pergelangan tangan rasa sakit? Sakit tangan berpanjangan sampai rasa tidak selesa. Sekiranya anda ada tanda atau gejala seperti itu jom kenali apa itu Carpal Tunnel Syndrome.

Apa itu maksud Carpal Tunnel Syndrome:

Carpal Tunnel Syndrome terjadi apabila saraf median yang terletak pada pergelangan tangan tersepit menyebabkan rasa kebas dan sakit pada ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan setengah bahagian pada jari kecil. Simptom ini bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada bahagian pergelangan tangan melarat sehingga ke bahagian tangan dan lengan.

Saraf median pergelangan tangan yang tersepit menyebabkan terowong yang berada pada tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi sempit. Terowong ini berfungsi sebagai laluan dan perlindungan kepada saraf median ke tangan. Jika terowong ini menjadi sempit maka akan mengakibatkan terowong tidak berfungsi dengan normal dan menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya akan melemahkan bahagian tangan.

Carpal Tunnel Syndrome adalah satu keadaan dimana berlaku tekanan kepada saraf Median (Median Nerve) di pergelangan tangan seseorang. Ia dua kali ganda lebih kerap berlaku kepada wanita berbanding lelaki dan dalam 80 peratus kes, pesakit berusia lebih daripada 40 tahun.

Ia boleh disebabkan oleh tekanan daripada persekitaran luar tangan atau daripada dalam terowong pergelangan tangan (‘Carpal Tunnel’) itu sendiri.

Contoh Pekerjaan Yang Berisiko CTS:

  1. Memandu kereta dalam jangka masa lama.
  2. Bekerja menjahit atau melukis.
  3. Bekerja di kilang pemasangan yang memerlukan pergerakkan pergelangan tangan seperti memasang atau memandu jentera yang berat.
  4. Pekerjaan yang menaip komputer seperti bekerja di pejabat.
  5. Bersukan yang memerlukan pergelangan tangan seperti bola jaring, badminton, ping pong dan sebagainya.
  6. Pemuzik yang menggunakan tangan seperti pemuzik gitar, piano dan sebagainya.

Faktor-faktor yang menyumbang penyakit CTS:

  1. Keturunan (Family History)
  2. Merokok
  3. Wanita yang menggunakan pil perancangan hamil.
  4. Penyakit atritis seperti penyakit sendi terutama sendi pergelangan tangan.
  5. Masalah kesihatan seperti diabetes atau masalah gangguan Tiroid.
  6. Kegemukan

3 Rawatan atau Senaman Untuk CTS:

  • Posisi dalam keadaan duduk, angkat tangan anda ketepi dan pergelangan kaki ke belakang.
  • Ulang 10 kali dan lakukan 3 kali sehari.
  • Lihat video ini.

  • Posisi dalam keadaan duduk. Untuk senaman kekuatan, akan menggunakan barang seperti dumbell, sandbag atau sebagainya.
  • Pegang barang dibahagian pergelangan tangan affectd site. Bengkokkan pergelangan tangan anda sehingga anda rasa sakit dan tahan selama 5 saat dan ulang 8-10kali.
  • Boleh lihat video senaman ini.

Boleh dapatkan rawatan dengan Ifix Physiotherapy yang memberikan rawatan secara manual therapy. Terapi manual adalah teknik yang dilakukan secara manual (tangan/sentuhan terapis) untuk tujuan diagnostik dan terapeutik terhadap berbagai masalah pada sistem neuromuskeletal,terutama masalah pada sendi dan otot.

Segera rujuk doktor atau pakar

Dinasihatkan untuk segara berjumpa dengan pakar dan dapatkan rawatan jika anda mengalami tanda dan gejala seperti yang disebutkan.

KELEBIHAN KAMI

MERAWAT MENGIKUT JANTINA

RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA

KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH

PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK

KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA

WAKTU OPERASI

Sabtu – Khamis 9:00 – 18:00
Isnin – Rabu 18:00 – 20:00
Jumaat TUTUP

014-910 1310 (NILAI)
014-977 7235 (JOHOR BAHRU)

LOKASI KAMI

CAWANGAN NILAI:

No. 3G, Jln Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

CAWANGAN JOHOR BAHRU:

No. 26, Jln Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.

TESTIMONI PESAKIT KAMI

“Selepas rawatan, cramp jarang dialami dan kaki tidak rasa ketat lagi.”

Encik S, Strok

“Rasa tegang pada pinggang dan kebas pada kaki juga sudah tidak terasa.”

Puan S, Slip Disk

“Sebelum ini saya jalan slow sebab sakit di pinggang, sekarang dah dapat jalan macam biasa.”

Puan A, Scoliosis

“Sakit belakang hingga kebas ke kaki sudah pulih sepenuhnya.”

Encik A, Spondylosis

“Sakit di bahagian bahu hingga ke jari kini tidak terasa lagi.”

Encik H, Sakit Tangan
“Perubahan memang banyak. Sakit yang menyengat dan juga kebas sudah tidak terasa.”
Puan N, Sakit Leher
Rasa sakit sudah tidak terasa, dan boleh main golf serta workout semula seperti biasa.”
Encik N, Sakit Bahu
“Saya sudah boleh tunduk dan rukuk seperti biasa tanpa rasa sakit.”
Puan F, Sakit Belakang
“Sakit pinggang hingga ke betis sewaktu berjalan dan berdiri lama semakin banyak berkurang.”
Encik Y, Slip Disk

Tekan butang untuk tonton video testimoni.

0+
JUMLAH PESAKIT
0+
JUMLAH SESI
0%
“FOLLOW UP”
0%
BERPUAS HATI

PROMOSI ISTIMEWA

Sertai saluran telegram kami untuk mendapatkan promosi-promosi yang istimewa.

SERTAI SALURAN TELEGRAM

TEMPAH TEMUJANJI ANDA

Jom tempah temujanji rawatan fisioterapi anda sekarang.

TEMPAH TEMUJANJI