WHATSAPP KAMI

Obesiti Punca Masalah Kronik

Ramai yang mengetahui bahawa negara malaysia merupakan negara yang paling ramai rakyat mempunyai masalah obesiti atau kegemukkan.

Kementerian Kesihatan Malaysia:

“Statistik yang diperoleh melalui Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2015 menunjukkan bahawa Malaysia telah menjadi sebuah negara obes, di mana seorang dalam dua orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

“Ini sekaligus menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara paling gemuk di Asia, dengan jangkaan populasi yang berlebihan berat badan sebanyak 33 peratus dan obesiti sebanyak 18 peratus,” katanya.

Definisi

Obesiti adalah satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu itu mempunyai lemak berlebihan. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan. Lelaki dikatakan obesiti sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25%. Manakala wanita pula di katakan obesiti apabila lebihan lemak sebanyak 35%. Obesiti boleh di ukur menggunakan penggiraan Body Mass Index – atau BMI (Indeks Jisim Badan). BMI adalah indeks pengukuran berat badan berbanding dengan ketinggian. Formula adalah seperti tertera: BMI = Weight (kg) / Height² (m) ² Saringan obesiti memerlukan ukuran berat badan dalam kilogram dan ukuran ketinggian di dalam meter.

Apa itu BMI?

BMI adalah ukuran untuk menilai berat badan anda berbanding dengan ketinggian.

Bagaimana untuk mengira BMI?

BMI = Berat badan (kg)
Tinggi (m) x Tinggi (m)

Apakah klasifikasi BMI?

Jika BMI anda (kg/m²) adalah : Anda adalah :
< 18.5 Kurang berat badan
18.5 – 24.9 Mempunyai berat badan unggul
25 – 30 Berlebihan berat badan
30 atau lebih Obes

Faktor Risiko Kegemukkan(Obesiti):

  • Umur. Peningkatan umur akan menyebabkan kadar metabolisma menurun. Oleh itu kenaikan berat badan akan ketara walaupun tiada sebarang pertukaran dan penambahan di dalam tabiat pemakanan dalam aspek jumlah, jenis dan kekerapan.
  • Gender. Kaum wanita mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadi obese berbanding dengan lelaki. Ini adalah kerana wanita mempunyai kadar metabolisma yang rendah berbanding kadar metabolism yang tinggi di kalangan kaum lelaki. Masalah obesiti ini akan menjadi meruncing apabila wanita mencapai menopause.
  • Faktor keturunan.
  • Aktiviti fizikal. Kurang melakukan aktiviti fizikal dan tidak menjaga pemakanan adalah faktor yang sangat penting di dalam peningkatan obesiti.
  • Faktor psikologi. Ramai individu yang makan berlebihan apabila menghadapi tekanan atau mempunyai ketidak stabilan emosi.
  • Penyakit. Walaupun tidak kerap, obesiti boleh berlaku kepada pesakit yang mempunyai penyakit hypothyroidism, kemurungan atau penyakit di bahagian otak yang menyebabkan pesakit makan berlebihan.
  • Ubat-ubatan. Ubat seperti steroid atau ubat untuk merawat kemurungan boleh menyumbang kepada obesiti.

Cara Untuk Mencegah Penyakit Kegemukkan (Obesiti):

  1. Menjalankan cara hidup gaya yang sihat
  2. Mengawal pemakanan yang betul
  3. Meningkatkan aktiviti fizikal:
    1. Berjalan kaki dengan cepat.
    2. Bersenam aerobik
    3. Berjogging
    4. Berbasikal
    5. Menaiki tangga
    6. Berenang
    7. Bersukan : Bermain bola, tenis, badminton dan sebagainya.

Segera rujuk doktor atau pakar

Dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan fisioterapi atau pakar dan dapatkan rawatan jika anda mengalami kecederaan atau sesak nafas.

KELEBIHAN KAMI

MERAWAT MENGIKUT JANTINA

RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA

KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH

PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK

KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA

WAKTU OPERASI

Sabtu – Khamis 9:00 – 18:00
Isnin – Rabu 18:00 – 20:00
Jumaat TUTUP

014-910 1310 (NILAI)
014-977 7235 (JOHOR BAHRU)

LOKASI KAMI

CAWANGAN NILAI:

No. 3G, Jln Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

CAWANGAN JOHOR BAHRU:

No. 26, Jln Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.

TESTIMONI PESAKIT KAMI

“Sebelum ini saya jalan slow sebab sakit di pinggang, sekarang dah dapat jalan macam biasa.”

Puan A, Scoliosis

“Rasa tegang pada pinggang dan kebas pada kaki juga sudah tidak terasa.”

Puan S, Slip Disk

“Selepas rawatan, cramp jarang dialami dan kaki tidak rasa ketat lagi.”

Encik S, Strok

“Sakit belakang hingga kebas ke kaki sudah pulih sepenuhnya.”

Encik A, Spondylosis

“Sakit di bahagian bahu hingga ke jari kini tidak terasa lagi.”

Encik H, Sakit Tangan
“Perubahan memang banyak. Sakit yang menyengat dan juga kebas sudah tidak terasa.”
Puan N, Sakit Leher
Rasa sakit sudah tidak terasa, dan boleh main golf serta workout semula seperti biasa.”
Encik N, Sakit Bahu
“Saya sudah boleh tunduk dan rukuk seperti biasa tanpa rasa sakit.”
Puan F, Sakit Belakang
“Sakit pinggang hingga ke betis sewaktu berjalan dan berdiri lama semakin banyak berkurang.”
Encik Y, Slip Disk

Tekan butang untuk tonton video testimoni.

0+
JUMLAH PESAKIT
0+
JUMLAH SESI
0%
“FOLLOW UP”
0%
BERPUAS HATI

PROMOSI ISTIMEWA

Sertai saluran telegram kami untuk mendapatkan promosi-promosi yang istimewa.

SERTAI SALURAN TELEGRAM

TEMPAH TEMUJANJI ANDA

Jom tempah temujanji rawatan fisioterapi anda sekarang.

TEMPAH TEMUJANJI