WHATSAPP KAMI

Senaman untuk Knee Osteoarthritis (OA)

Pernahkah anda bangun pagi dan mendapati kedua-dua lutut anda keras dan kaku, terutamanya apabila cuaca sejuk? Pernah mendengar bunyi klik ,juga dikenali sebagai krepitus atau merasa seperti sendi lutut anda bergesel setiap kali anda menggerakkannya? Kemungkinan besar anda mengalami sejenis penyakit degeneratif yang dikenali sebagai osteoartritis yang tidak hanya terhad kepada sendi lutut osteoarthritis tetapi mungkin menyerang mana-mana sendi di badan seperti sendi bahu, sendi peha, tulang belakang, sendi jari dan sebagainya.

Apa yang berlaku pada sendi lutut osteoarthritis (OA)?

Osteoarthritis (OA) Lutut berpunca daripada proses penipisan lapisan tulang rawan (cartilage) yang berlaku secara beransur-ansur dan mengakibatkan keradangan. Fungsi utama lapisan rawan ini adalah untuk menyerap daya hentakan. Dengan kondisi osteoarthritis, pergerakkan sendi akan mula kurang. Keadaan ini akan menyebabkan kesakitan dan boleh menghadkan aktiviti harian individu terbabit. Bagi golongan yang berumur, kondisi ini akan bertambah teruk disebabkan oleh pengurangan penghasilan cecair pelincir di dalam sendi.

Sendi lutut penghidap Osteoarthritis (OA) akan melalui beberapa perubahan seperti berikut:

  1. Penipisan lapisan rawan yang akan mengakibatkan ruangan antara sendi menjadi rapat.
  2. Penonjolan tulang (osteophytes) pada keliling permukaan sendi.
  3. Pengurangan penghasilan cecair pelincir di dalam sendi.
  4. Pergeseran di antara permukaan sendi yang mengakibatkan rasa sakit dengan setiap pergerakan yang membebankan sendi lutut.

Senaman atasi masalah Osteoarthritis(OA):

1.Straight Leg Raises:

  • Baring telentang dan bengkokkan sebelah kaki seperti dalam video ini.
  • Angkat kaki yang lurus sehingga 45 darjah dan tahan kaki anda selama 5 saat. Kemudian turunkan kaki semula dan ulang sebanyak 8-10 kali.

2. Senaman Knee Bending

  • Baring dalam keadaan meniarap.
  • Bawa tumit perlahan-lahan ke arah punggung dan tahan selama 15 saat.
  • Ulang sebanyak 3-5 kali.
  • Rujuk video

3. Senaman Inner Range Quad

-Posisi dalam keadaan duduk, satu kaki bengkok dan satu kaki melunjur kedepan.

-Letakkan tuala dibawah lutut, tekan tuala sampai kaki jadi lurus keatas.

-Ulang 8-10 kali dan tahan 5 saat seperti video ini.

4. Senaman quad knee extend

  • Posisi dalam keadaan duduk, luruskan kaki keatas seperti video diatas.
  • Dengan menggunakan beg pasir untuk lebih ada (resistence) pada kaki.
  • Ulang senaman ini 8-10 kali dan tahan 5 saat.

Segera rujuk doktor atau pakar

Dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan fisioterapi atau pakar dan dapatkan rawatan jika anda mengalami kecederaan pada lutut.

KELEBIHAN KAMI

MERAWAT MENGIKUT JANTINA

RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA

KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH

PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK

KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA

WAKTU OPERASI

Sabtu – Khamis 9:00 – 18:00
Isnin – Rabu 18:00 – 20:00
Jumaat TUTUP

014-910 1310 (NILAI)
014-977 7235 (JOHOR BAHRU)

LOKASI KAMI

CAWANGAN NILAI:

No. 3G, Jln Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

CAWANGAN JOHOR BAHRU:

No. 26, Jln Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.

TESTIMONI PESAKIT KAMI

“Rasa tegang pada pinggang dan kebas pada kaki juga sudah tidak terasa.”

Puan S, Slip Disk

“Sebelum ini saya jalan slow sebab sakit di pinggang, sekarang dah dapat jalan macam biasa.”

Puan A, Scoliosis

“Selepas rawatan, cramp jarang dialami dan kaki tidak rasa ketat lagi.”

Encik S, Strok

“Sakit belakang hingga kebas ke kaki sudah pulih sepenuhnya.”

Encik A, Spondylosis

“Sakit di bahagian bahu hingga ke jari kini tidak terasa lagi.”

Encik H, Sakit Tangan
“Perubahan memang banyak. Sakit yang menyengat dan juga kebas sudah tidak terasa.”
Puan N, Sakit Leher
Rasa sakit sudah tidak terasa, dan boleh main golf serta workout semula seperti biasa.”
Encik N, Sakit Bahu
“Saya sudah boleh tunduk dan rukuk seperti biasa tanpa rasa sakit.”
Puan F, Sakit Belakang
“Sakit pinggang hingga ke betis sewaktu berjalan dan berdiri lama semakin banyak berkurang.”
Encik Y, Slip Disk

Tekan butang untuk tonton video testimoni.

0+
JUMLAH PESAKIT
0+
JUMLAH SESI
0%
“FOLLOW UP”
0%
BERPUAS HATI

PROMOSI ISTIMEWA

Sertai saluran telegram kami untuk mendapatkan promosi-promosi yang istimewa.

SERTAI SALURAN TELEGRAM

TEMPAH TEMUJANJI ANDA

Jom tempah temujanji rawatan fisioterapi anda sekarang.

TEMPAH TEMUJANJI