Apa itu De Quervain?
Penyakit De Quervain menyebabkan kesakitan apabila anda menggerakkan pergelangan tangan dan ibu jari anda, dan biasanya bengkak lembut di pangkal ibu jari anda.
Kedua-dua tendon yang menggerakkan ibu jari anda biasanya meluncur secara bebas melalui terowong yang ketat (sarung) di pangkal ibu jari anda. Sekiranya bumbung fibrus oleh terowong yang menebal, terowong menjadi terlalu ketat, biasanya menyebabkan kesakitan apabila anda menggerakkan pergelangan tangan dan ibu jari anda. Kadang-kadang pergelangan tangan dan ibu jari anda mungkin merasa kaku dan ibu jari anda boleh mengunci sedikit apabila anda menggerakkannya.
Punca-Punca De Quervain
Kebiasaannya, De Quervain berlaku disebabkan oleh
- Penggunaan pergelangan tangan yang kerap dan secara berlebihan (overuse) melibatkan pergerakan ibu jari ke tepi dan ke atas serta pergerakan jari ke luar seperti arah anak jari ke tepi. (Some of the causes of disease are overuse and repetitive activities of the wrist in (Ulnar deviation, Thumb in abduction & extension)
- Mereka yang bekerja kilang, menaip, orang mengurut, setiausaha, bermain golf, badminton dan mengait yang melibatkan pergerakan ibu jari dan pergelangan tangan.
- Faktor seperti trauma akut (acute trauma), berkaitan rheumatoid arthritis dan mengandung.
- Masalah metabolic seperti kencing manis (diabetes), hyperurecemia dan hypothyroidism.
- Kecederaan pada pergelangan tangan atau tendon.
- Sel tisu berparut juga membatasi pergerakan tendon.
Tanda- tanda :
- Sakit pada pergelangan tangan kawasan ibu jari apabila melakukan pergerakan jari dan pergelangan tangan.
- Sakit apabila disentuh dan bengkak pada pergelangan tangan (radial styloid).
- Ibu jari merasa lemah.
- Penyusutan jisim otot tangan (muscle atrophy).
- Sakit, rasa panas, kemerahan dan sukar bergerak pada pergelangan tangan dan ibu jari.
- Kebas di bahagian ibu jari tangan.
- Sukar untuk menggenggam atau memusingkan tangan seperti memusing tombol pintu, memulakan enjin kereta dan menjahit.
Ujian dan Diagnosis Yang Dilakukan DeQuervein:
De Quervain’s tenosynovitis didiagnosis berdasarkan kawasan sakit dan sebarang perubahan luaran dan sakit apabila ditekan di kawasan tangan.
Ujian yang sering dilakukan oleh doktor dan fisioterapi ialah Finkelstein’s test. Ujian yang positif berlaku apabila:
Sakit pada pergelangan tangan, bahagian belakang tapak tangan sekitar ibu jari, makin sakit apabila tangan digenggam dengan ibu jari ke dalam genggaman. Fisioterapi atau doktor menekan tangan ke arah jari kelima (seperti dalam gambar).
Kemudian bandingkan dengan tangan yang tidak sakit.
Rawatan Fisioterapi:
Pada fasa pertama, terapi akan memeriksa jika ada bengkak atau suhu ditempat yang pesakit sakit. Terapi akan menggunakan ice massage atau ice pack untuk mengurangkan inflamasi dan bengkak dekat pergelangan tangan.
Senaman Regangan
- Senaman Wrist Flexor Stretch
i. Posisi dalam keadaan duduk atau berdiri. Bengkokkan pergelangan tangan kebawah seperti video diatas.
ii.Tahan selama 15 saat dan ulang senaman ini 3-5 kali.
2. Senaman Wrist Extensor Stretch
i. Posisi dalam keadaan duduk atau berdiri, pesakit bengkokkan pergelangan tangan keatas seperti diatas.
ii. Tahan selama 15 saat dan ulang 3-5 kali.
3.Strengthening Wrist Extension
i. Posisi pesakit dalam keadaan duduk, dengan menggunakan dumbell dan bengkokan pergelangan tangan keatas. (Dumbell berat mengikut keadaan pesakit)
ii. Tahan selama 5 saat dan ulang 8-10 kali.
4.Strengthening Wrist Flexion
i. Pesakit dalam keadaan duduk, letak tuala dibawah lengan untuk mengurangkan tekanan berat dumbell tersebut. Bengkokkan pergelangan tanan ke atas.
ii. Tahan selama 5 saat, ulang 8-10 kali.
Segera rujuk doktor atau pakar
Dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan fisioterapi atau pakar dan dapatkan rawatan jika anda mengalami kecederaan pada lutut.
KELEBIHAN KAMI
MERAWAT MENGIKUT JANTINA
RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA
KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH
PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK
KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA
WAKTU OPERASI
Sabtu – Khamis | 9:00 – 18:00 |
Isnin – Rabu | 18:00 – 20:00 |
Jumaat | TUTUP |
014-910 1310 (NILAI)
014-977 7235 (JOHOR BAHRU)
LOKASI KAMI
CAWANGAN NILAI:
No. 3G, Jln Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
CAWANGAN JOHOR BAHRU:
No. 26, Jln Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.