Project Description

WHATSAPP KAMI

INFO RAWATAN: WARGA EMAS (GERIATRIK)

Fisioterapi bagi masalah sakit tua/ geriatrik merangkumi bidang yang luas kerana ia melibatkan kes warga emas yang berumur 60 tahun ke atas. Seperti yang kita tahu teradapat peningkatan daripada bilangan warga emas di Malaysia daripada 7% sehingga ke 14%. Terdapat pelbagai masalah atau kes yang melibatkan warga emas, antaranya arthritis, osteoporosis, cancer, Alzheimer’s Disease, hip and joint replacement, masalah keseimbangan, incontinence, dan lain-lain. Fisioterapi memainkan peranan penting bagi memberikan rawatan kepada kes-kes seperti ini.

Jatuh atau trauma merupakan risiko yang paling tinggi yang dihadapi oleh warga emas, kebanyakan daripada kes yang melibatkan jatuhakan melibatkan patah atau fracture pada bahagian pinggul. Rekod menunjukkan bahawa ratusan ribu jatuh dan mengalami masalah patah pada pinggul setiap tahun dan 20% daripada mereka meniggal selepas 1 tahun dan 80% selebihnya tidak mampu untuk kembali kepada aktiviti harian asal mereka.

Oleh itu, fisioterapi bagi warga emas sangat penting bagi meningkatkan tahap fizikal mereka dari sudut keseimbangan, kekuatan, meningkatkan keyakinan dan kekal aktif. Ramai yang masih salah faham tentang fungsi fisioterapi dimana mereka sering kaitkan dengan kondisi patah dan juga strok. Akan tetapi fisioterapi juga memberikan manfaat kepada warga emas untuk kekal aktif dalam jangka masa yang lebih lama dalam pada mengurangkan risiko jatuh.

PENYAKIT YANG SERING MENYERANG WARGA EMAS

1. Arthritis

Arthritis merupakan penyakit yang sering menyerang warga emas yang berumur 65 tahun dan ke atas. Dan mengikut kajian, wanita lebih cenderung untuk mengalami arthritis berbanding lelaki apabila usia mereka semakin meningkat.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menganggarkan ia menjejaskan 49.7% warga emas berusia 65 tahun ke atas dan menyebabkan kesakitan serta kualiti hidup yang rendah bagi sesetengah orang tua.

2. Penyakit Jantung

Menurut CDC, pada tahun 2014 seramai 489,722 kematian telah direkodkan dan ini membuktikan bahawa penyakit jantung menjadi pembunuh utama orang dewasa yang berusia 65 tahun ke atas.

Golongan ini berisiko berdepan dengan penyakit darah tinggi dan kolestrol tinggi yang menjadi penyebab untuk mengalami strok dan sakit jantung.

Oleh itu, penting untuk semua mengalmalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam dan mengambil pemakanan yang sihat untuk mengekalkan berat badan dan diet yang seimbang.

3. Alzheimer

Penyakit Alzheimer adalah penyakit otak yang mengeakibatkan penurunan daya ingatan, kemampuan berfikir dan berbicara, serta perubahan tingkah laku. Kondisi ini kebiasaannya menyerang mereka yang berumur 65 tahun ke atas.

Persatuan Alzheimer melaporkan bahawa satu daripada sembilan orang yang berumur 65 tahun ke atas akan menghidapi penyakit Alzheimer.

4. Osteoporosis

Semakin meningkat usia, perunahan dalam paras hormon menyebabkan tulang kehilangan mineral.

Seseorang mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami tulang patah jika menghidapi penyakit osteoporosis.

Osteoporosis boleh menyumbang kepada kurang pergerakan dan berpotensi untuk lumpuh sekiranya jatuh dan mengalami patah tulang.

CARA RAWATAN BAGI WARGA EMAS

Rawatan bagi warga emas berbeza mengikut kes. Tetapi secara umum ini merupakan antara rawatan-rawatan yang akan diberikan di Ifix Physiotherapy kepada kes-kes warga emas.

Senaman: Senaman merupakan aktiviti yang dilakukan melebihi apa yang dilakukan dalam kerja seharian. Senaman dapat membantu mengekalkan dan meningkatkan kekuatan otot, flexibiliti, daya ketahanan dan juga keseimbangan. Sebaga contoh senaman regangan, berjalan, mengangkat sedikit beban, senaman air, atau senaman-senaman spesifik yang dapat membantu masalah yang dialami. Senaman ini akan diajarkan kepada mereka dan perlu dipraktikkan di rumah.

‘Manual Therapy’: Teknik dimana bagi meningkatkan peredaran darah, dan mencapai semula daya pergerakan yang sudah kurang akibat daripada kecederaan. Manual terapi juga membantu mengurangkan sakit pada kawsan tersebut. Manual terapi melibatkan urutan dan manipulasi pada bahagian sendi dan otot.

Pendidikan: Fisioterapi akan mengajar cara bergerak yang lebih efektif kepada mereka untuk menjalankan aktiviti harian. Antaranya cara untuk tidur, cara untuk bangun dari tidur dan lain-lain berdasarkan masalah yang dihadapi. Selain daripada itu, fisioterapi juga akan mengajar warga emas macam mana cara utk menggunakan tongkat dengan betul supaya dapat mengelakkan daripada kecederaan-kecederaan yang lain.

Secara konklusi, Fisioterapi dapat membantu warga emas untuk mencapai kemampuan meraka ke peringkat yang optimum melalui program-program yang akan dibina termasuk senaman, manual terapi, dan pendidikan berdasarkan evaluasi masalah yang dihadapi oleh pesakit.

KELEBIHAN KAMI

MERAWAT MENGIKUT JANTINA

RAWAT SATU PESAKIT SATU MASA

KHIDMAT FISIOTERAPI KE RUMAH

PEMERIKSAAN & RAWATAN YANG HOLISTIK

KONSULTASI & VIDEO SENAMAN PERCUMA

WAKTU OPERASI

Sabtu – Khamis 9:00 – 18:00
Isnin – Rabu 18:00 – 20:00
Jumaat TUTUP

014-910 1310 (NILAI)
014-977 7235 (JOHOR BAHRU)

LOKASI KAMI

CAWANGAN NILAI:

No. 3G, Jln Laman Delfina 1/1, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

CAWANGAN JOHOR BAHRU:

No. 26, Jln Setia Tropika 1/24, Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru, Johor.

TESTIMONI PESAKIT KAMI

“Rasa tegang pada pinggang dan kebas pada kaki juga sudah tidak terasa.”

Puan S, Slip Disk

“Selepas rawatan, cramp jarang dialami dan kaki tidak rasa ketat lagi.”

Encik S, Strok

“Sebelum ini saya jalan slow sebab sakit di pinggang, sekarang dah dapat jalan macam biasa.”

Puan A, Scoliosis

“Sakit belakang hingga kebas ke kaki sudah pulih sepenuhnya.”

Encik A, Spondylosis

“Sakit di bahagian bahu hingga ke jari kini tidak terasa lagi.”

Encik H, Sakit Tangan
“Perubahan memang banyak. Sakit yang menyengat dan juga kebas sudah tidak terasa.”
Puan N, Sakit Leher
Rasa sakit sudah tidak terasa, dan boleh main golf serta workout semula seperti biasa.”
Encik N, Sakit Bahu
“Saya sudah boleh tunduk dan rukuk seperti biasa tanpa rasa sakit.”
Puan F, Sakit Belakang
“Sakit pinggang hingga ke betis sewaktu berjalan dan berdiri lama semakin banyak berkurang.”
Encik Y, Slip Disk

Tekan butang untuk tonton video testimoni.

0+
JUMLAH PESAKIT
0+
JUMLAH SESI
0%
“FOLLOW UP”
0%
BERPUAS HATI

PROMOSI ISTIMEWA

Sertai saluran telegram kami untuk mendapatkan promosi-promosi yang istimewa.

SERTAI SALURAN TELEGRAM

TEMPAH TEMUJANJI ANDA

Jom tempah temujanji rawatan fisioterapi anda sekarang.

TEMPAH TEMUJANJI